Aidiladha disambut pada 24 September
Diterbitkan: Sep 13, 2015 9:38 AM | Dikemas kini: Sep 14, 2015 8:40 AM
Umat Islam di negara ini akan menyambut Aidiladha pada 24 September, demikian diumumkan oleh Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Mohd Aseral Jusman malam ini.
"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka dengan ini saya mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1436 Hijrah ialah pada Selasa, 15 September 2015.
"Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Khamis, 24 September 2015," katanya ketika mengumumkannya di Radio Televisyen Malaysia (RTM).
- Bernama

