Prerogatif k'jaan usir wartawan Al Jazeera
Diterbitkan: Sep 14, 2015 11:00 AM | Dikemas kini: Sep 14, 2015 11:04 AM
Timbalan Menteri Dalam Negeri Nur Jazlan Mohamed berkata adalah menjadi prerogatif kerajaan untuk mengusir sesiapa sahaja dari negara ini jika ianya dilihat patut berbuat demikian.
Beliau merujuk kepada wartawan Al Jazeera, Mary Ann Jolley yang diusir ketika membuat dokumentari mengenai pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.
Kerajaan, tegasnya, berhak untuk meminta sesiapa sahaja untuk meninggalkan negara ini, katanya kepada pemberita hari ini.
Bagaimanapun, beliau bertegas bahawa isu ini adalah berita lama kerana ia berlaku tiga bulan yang lalu pada bulan Jun.

