Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pro-M mahu pro-A UKM dedah dana kempen
Diterbitkan:  Sep 14, 2015 12:26 PM
Dikemaskini: 6:56 AM

Kumpulan pro-Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mempersoalkan sumber dana calon pro-Aspirasi yang dilihat mengeluarkan modal besar untuk kempen pilihan raya kampus kali ini.

Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) melihat demikian berdasarkan bahan kempen yang kini sudahpun mula beredar di kampus tersebut

GMUKM mengesan beberapa kain rentang besar setinggi dua tingkat yang dipasang di beberapa lokasi dan juga buku risalah berwarna untuk mempromosi calon berkenaan.

“Sehelai kain rentang berwarna-warni itu menelan kos sekurang-kurangnya RM500. GMUKM tidak dapat bayangkan betapa banyak dana yang perlu digunakan bagi semua peralatan promosi ini, demi pilihan raya kampus sahaja.”

“Pertanyaan yang timbul adalah – dari manakah calon pro-Aspirasi mendapat sumber dana mereka? GMUKM berhak mempersoalkan sumber dana pihak (pro-Aspirasi).

“Jika sumber dana ini datang daripada sokongan universiti, bayaran kolej dan juga yuran pengajian mahasiswa, maka tindakan sebegini harus dikritik,” kenyataan GMUKM dipetik.

Kumpulan pro-Mahasiswa itu turut menegaskan, sumber dana universiti sepatutnya digunakan untuk menaiktaraf kemudahan universiti, penyelidikan dan pembangunan.

“Sumber ini tidak patut disalahgunakan bagi tujuan individu ataupun tujuan pilihan raya kampus.”

UKM akan mengadakan rilihan raya kampus sesi 2015/2016 pada 15 September 2015.

Lihat Komen
ADS