Penganjur Baju Merah serah pada polis jika ada insiden
Diterbitkan: Sep 14, 2015 4:24 PM | Dikemas kini: Sep 14, 2015 4:26 PM
Penganjur Himpunan Rakyat Bersatu, Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA), tidak dapat bertanggungjawab sekiranya terdapat insiden yang melanggar undang-undang dalam perhimpunan Rabu ini.
Presidennya Tan Sri Mohd Ali Rustam berkata, pihaknya menyerahkan perkara itu kepada pihak polis sekiranya terdapat insiden tidak diingini.
"Siapa langgar (undang-undang) dia bertanggungjawab sendiri. Bukan penganjur. Penganjur ikut undang-undang.
"Kalau ada apa-apa kita serahkan kepada pihak polis," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Kompleks Lincah Mahaguru Omardin di Batu Caves hari ini.
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.