USIM tangguh sesi pengajian kerana jerebu
Diterbitkan: Sep 15, 2015 9:55 AM | Dikemas kini: Sep 15, 2015 9:57 AM
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) hari ini menangguhkan sesi pengajian di kampusnya di Nilai.
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM, Prof Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata keputusan itu diambil berikutan tahap Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Nilai yang melebihi bacaan 200 iaitu pada tahap sangat tidak sihat.
Beliau berkata sesi pengajian akan berjalan seperti biasa bermula Khamis ini iaitu selepas cuti umum sempena sambutan Hari Malaysia esok.
- Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.