ADUN: Tutup sekolah bila IPU 150, bukan 200
Penutupan sekolah patut dibuat apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencapai paras tidak sihat dengan bacaan 150, kata Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balakong Ng Tien Chee
Sekarang ini, guru besar atau pengetua hanya diberi kuasa memberikan cuti jika paras pencemaran udara memasuki tahap sangat tidak sihat dengan bacaan IPU 200.
“Guru besar seharusnya diberi kuasa untuk memutuskan adakah sekolah tersebut patut beroperasi seperti biasa atau sebaliknya sekiranya API di kawasan tersebut mencecah 150 dan bukannya 200 seperti yang telah diumumkan sebelum ini,” katanya.
IPU antara 0 dan 50 dikategori baik, 51 hingga 100 adalah sederhana, 101 hingga 200 adalah tidak sihat, 201 hingga 300 adalah sangat tidak sihat dan 300 ke atas adalah berbahaya.
Semua sekolah di Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka diarah tutup hari ini.
Arahan itu dikeluarkan ketika kualiti udara akibat jerebu bertambah buruk malam tadi, yang menunjukkan kualiti udara di Kuala Selangor mencecah paras bahawa dengan 207 mata.
Manakala di tempat lain dalam lingkungan 170.
Kementerian Pendidikan semalam dalam kenyataannya menyebut sekolah di kawasan yang mencatat IPU lebih 200 perlu ditutup.
Kementerian juga mengarahkan pemberhentian segala aktiviti di luar bilik darjah apabila IPU mencatatkan angka melebihi 150.
Ng bagaimanapun hari ini menyambut baik keputusan kementerian yang mengambil langkah itu semalam.
Komen
PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.