Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PRU: PAS sedia tanding, rebut kerusi dengan AMANAH

PAS sedia bertembung dengan Parti Amanah Negara (AMANAH) bagi merebut kerusi dalam pilihan raya umum akan datang.

Ketua penerangannya, Nasrudin Hassan berkata sebagai sebuah parti yang berpengalaman, PAS sudah bersedia berdepan dengan segala kemungkinan.

"Itu hak mereka. Mereka nak tanding di mana sekali pun itu hak mereka. Ada pun kita PAS bersedia menghadapi pilihan raya umum dengan keputusan yang kita akan buat nanti.

"Berapa dan di mana kerusi yang kita nak tanding akan diputus kemudian.

"PAS sebagai sebuah parti politik yang berpengalaman dan besar sedia hadapi apa jua situasi untuk hadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media khas Pelancaran Program “Himpunan 60 Ribu” (H60K) di ibu pejabat PAS di ibu negara hari ini.

Sebelum ini PAS melahirkan kebimbangan mereka dengan mengatakan bahawa GHB tidak patut meletakkan calon mereka dalam pilihan raya negeri Sarawak kerana dikhuatiri akan memecahkan undi pembangkang.

Naib Presiden PAS berkata Datuk Iskandar Abdul Samad, tindakan gerakan itu dilihat 'mengganggu' undi pembangkang berbanding BN.

Bagaimanapun Ahli Jawatankuasa Pengurusan GHB, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata NGO itu masih lagi berteka-teki untuk meletakkan calonnya di kawasan yang ditandingi PAS.

Katanya, perkara itu masih lagi tiada asas untuk dibincangkan pada waktu ini dan keputusan meletakkan calon memerlukan perbincangan dari segi teknikal setiap parti pembangkang.

Lihat Komen
ADS