Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lapangan Terbang Kerteh ditutup sementara akibat jerebu
Diterbitkan:  Sep 15, 2015 8:33 PM
Dikemaskini: Sep 16, 2015 12:59 AM

Lapangan Terbang Kerteh, Kemaman ditutup kepada semua penerbangan sejak pukul 8 pagi ini ekoran keadaan jerebu di daerah ini semakin buruk.

Pengurus Komunikasi dan Pehubungan Media Petronas Wilayah Pantai Timur, Zamri Mohamad berkata penutupan lapangan terbang tersebut atas arahan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) selepas jarak ketampakan merosot di bawah 800 meter.

"Notis penutupan sementara lapangan terbang ini telah dikeluarkan dan semua penerbangan ditangguhkan sehingga DCA mengesahkan keadaan kembali pulih dan selamat.

"Pada pukul 8 pagi tadi, jarak ketampakan yang direkodkan Jabatan Meteorologi Lapangan Terbang Kerteh ialah 600 meter, kemudian merosot kepada 400 meter pada pukul 10 pagi.

"Bertambah merosot pada pukul 5 petang hingga 300 meter sahaja jarak ketampakan," katanya kepada pemberita di sini.

Zamri berkata, penutupan lapangan terbang tersebut turut menjejaskan penerbangan dua syarikat penerbangan komersial yang beroperasi di lapangan terbang itu iaitu Malindo Air dan FireFly dan operasi helikopter yang membawa kru luar pantai syarikat minyak dan gas di daerah tersebut.

"Untuk penumpang penerbangan, mereka boleh menghubungi syarikat penerbangan masing-masing," katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS