Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mayat siapa dalam tong dram?
Diterbitkan:  Sep 16, 2015 11:17 AM
Dikemaskini: 3:19 AM

Penyiasat kes kehilangan timbalan pendakwa raya Kevin Morais dilaporkan menemui satu mayat yang disembunyikan dalam tong dram berisi konkrit di Subang Jaya pagi ini.

Bagaimanapun kata sumber, identiti mayat itu belum dikenal pasti.

Katanya, tong dram itu ditemui di belakang sebuah sekolah di USJ 1.

The Star Online pula melaporkan anggota bomba dan penyelamat cuba memotong tong berkenaan bagi mengeluarkan mayat di dalamnya.

Pasukan penyiasat dilaporkan berada di kawasan itu seawal jam 6 pagi.

Kali terakhir Morais dilihat adalah pada 4 Septenber lalu ketika dia meninggalkan rumahnya di Menara Duta untuk ke pejabat di Putrajaya.

Ketika itu dia menaiki Proton Perdana kelabu.

Polis sebelum ini berkata rakaman kamera litar tertutup menunjukkan kereta Morais disekat sebuah kenderaan lain di Bangsar dan mangsa ditarik keluar beberapa lelaki.

Kejadian itu disaksikan orang awam kerana ketika itu jalan raya sibuk.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS