Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
1MDB: Kami berjaya halang cubaan palsukan e-mel

1Malaysia Development Bhd (1MDB) berkata ia berjaya menghalang cubaan untuk memalsukan e-mel yang kononnya daripada syarikat tersebut.

Dalam kenyataan hari ini, 1MDB berkata cubaan memalsukan emel itu dikesan melalui langkah-langkah keselamatan Internet syarikat tersebut pada 6.30 petang pada 15 September, 2015 sebelum ia boleh menyebabkan sebarang kemudaratan.

1MDB berkata ia telah membuat laporan berhubung kejadian itu kepada polis dan CyberSecurity Malaysia.

Sebagai langkah tambahan, 1MDB menasihati sesiapa yang meragui emel daripada syarikat tersebut untuk mengesahkan kesahihan alamat pengirim atau menghubungi ibu pejabat korporat di talian +603-27308288.

1MDB merupakan syarikat pembangunan strategik milik penuh Kerajaan Malaysia.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS