KM: P'raya S'wak mungkin awal tahun depan

   

Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem memberi bayangan bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 mungkin akan diadakan awal tahun depan.

Beliau berkata ia mengambil kira beberapa faktor termasuk tarikh pembentangan bajet persekutuan dan negeri serta musim tengkujuh yang mungkin berlaku pada hujung tahun ini.

"Riwayat Dewan Undangan Negeri (DUN) selesai 20 Jun 2016, dan kita ada masa 60 hari kemudian untuk pilihan raya, sepanjang-panjang adalah Ogos tetapi tidak sebegitu panjang.

"Tengok hujung tahun ini ada bajet iaitu bajet kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, bulan Disember mungkin hujan, mungkin (PRN) awal tahun depan," katanya dalam program Soal Jawab TV3 yang disiarkan malam tadi.

Kali terakhir negeri itu mengadakan PRN adalah pada 2011 dengan menyaksikan Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan majoriti dua pertiga kerusi.

- Bernama

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In