Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
DAP mahu JK harmoni diketuai Rafidah Aziz
Diterbitkan:  Sep 18, 2015 9:53 AM
Dikemaskini: 1:55 AM

DAP menggesa membentuk sebuah jawatankuasa muhibah untuk mengembalikan keharmonian kaum di negara ini selepas perhimpunan baju merah 16 September.

Parti itu mencadangkan bekas menteri Umno Tan Sri Rafidah Aziz untuk mempengerusikannya.

Pemimpin popular DAP Lim Kit Siang berkata jawatankuasa itu harus berbentuk sama dengan badan selepas rusuhan kaum 13 Mei 1969.

“Penglibatan semua rakyat Malaysia yang patriotik tidak kira bangsa, agama, daerah atau politik, untuk pulih kembali dari ambang kemusnahan yang mahu dibawa oleh perhimpunan Melayu baju merah pada 16 September,” katanya.

Beliau juga berkata himpunan itu menyaksikan hubungan kaum kini berada di tahap paling rendah sejak tragedi 1969, sekali gus merosakkan imej negara.

Menyentuh tentang Rafizah, Lim menyatakan penghargaan kepada kenyataannya supaya kerajaan menghentikan politik sempit perkauman.

Himpunan 16 September menyaksikan kemarahan dilepaskan kepada golongan Cina.

Terdapat insiden golongan itu dimaki sebagai “Cina babi”, yang dikaitkan dengan DAP.

Malah, wartawan Cina bertugas pada hari ini turut diganggu dengan kata-kata sama.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS