Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melahirkan kebimbangan beliau terhadap tindakan sesetengah pihak menganjurkan program bersifat perkauman.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata, tindakan pihak yang menganjurkan program tersebut dilihat bukan sahaja mengamalkan politik sempit, malah mencetuskan perasaan takut terhadap masyarakat lain.

Bagaimanapun, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno tidak menyatakan secara terperinci apakah "program" yang disebutkan itu, namun difahamkan beliau merujuk kepada Himpunan Rakyat Bersatu yang diadakan di Kuala Lumpur pada Rabu lalu.

Dalam perhimpunan didakwa polis dihadiri 50,000 orang itu beberapa pemimpin Melayu termasuk Ahli Majlis Tertinggi Umno , Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Ahmad Maslan serta Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali turut mengambil bahagian.

Progam yang asalnya diadakan untuk menyatakan sokongan kepada Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan "mempertahankan maruah Melayu" itu turut dicemari beberapa insiden berbau perkauman.

Muhyiddin berkata apabila program bersifat perkauman diadakan untuk tujuan politik sempit dan seolah-olah mahu menjadi juara bangsa tertentu, ia tidak baik untuk negara.

"Pada masa sama ia mencetuskan perasaan bimbang dan takut khasnya kepada masyarakat lain. Ini tak baik," katanya.

Namun Muhyiddin yang berucap sempena program pemimpin bersama rakyat Kembara Umno Pagoh menyelitkan pujian kepad ahli parti itu di bahagian berkenaan.

"Saya tak mahu orang Pagoh dalam keadaan begitu. Tapi Pagoh semuanya OK, tak ada gaduh," katanya.

[Berita penuh menyusul]

Lihat Komen
ADS