Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Dalam keputusan yang jarang-jarang berlaku, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membatalkan keputusan kerajaan menggantung The Edge Financial Daily dan The Edge Financial Weekly .

Keputusan itu dibuat oleh hakim Datuk Asmabi Mohamad hari ini.

Beliau juga mengarahkan penilaian terhadap kerugian The Edge dinilai.

Kementerian Dalam Negeri pula diarahkan membayar kos RM15,000 kepada The Edge .

Peguam The Edge Communications Sdn Bhd, Raja Eileen Soraya Raja Aman, yang tampil bersama peguam utama Darryl Goon, berkata penerbitan itu boleh mula diterbitkan mulai esok.

The Edge sebelum ini digantung tiga bulan selepas menerbitkan tulisan yang lantang mengkritik dalam isu 1MDB.

The Edge sebelum ini berhujah, mereka telah menerbitkan 300 artikel berkaitan The Edge tetapi tidak dimaklumkan yang mahu satu dikatakan ofensif sebelum digantung.

Malah, hujah peguamnya, tiada larangan ke atas perkataan 1MDB atau terdapat pewartawaan menteri untuk mengharamkannya.

Penggantungan The Edge menimbulkan kemarahan pelbagai NGO, terutamanya kumpulan aktivis dan wartawan yang mendukung kebebasan media.

Sebuah perhimpunan diadakan di ibu negara pada 8 Ogos lalu bagi menyatakan bantahan itu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS