Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) akan membayar ganti rugi kepada mana-mana pihak sekiranya terdapat kerugian akibat kerosakan sewaktu Perhimpunan Rakyat Bersatu 16 September lalu.

Setiausaha Agungnya Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata, ganti rugi itu akan dibayar sama sepertimana tuntutan Alam Flora yang meminta bayaran kutipan sampah sebanyak RM38,000.

"Kita akan bayar apa sahaja seperti yang kita bayar kepada Alam Flora sebanyak RM38,000.

"Mana yang ada buat tuntutan (ganti rugi), kita bayar," katanya dalam sidang media di Kompleks Lincah Mahaguru Omardin (KLMO) di Batu Cave petang ini.

Hotel Seri Pasifik dalam kenyataannya minggu lalu mendakwa dalam perhimpunan 'Baju Merah' anjuran PESAKA, pihaknya mengalami kerugian akibat kerosakan pintu tandas dan mangkuk tandas kerana digunakan oleh peserta.

Megat Zulkarnanin bagaimanapun berkata setakat ini pihaknya tidak menerima apa-apa tuntutan dari pihak hotel terbabit berhubung kerosakan itu.

"Kita tidak terima tuntutan dari hotel itu. Apa sahaja tuntutan kita akan bayar," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS