Sarawak negeri pertama iktiraf sijil UEC sekolah Cina

Kow Gah Chie        

Kerajaan Sarawak secara prinsipnya bersetuju mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersatu (UEC) sebagai syarat untuk berkhidmat dengan perkhidmatan awam dan pusat pengajian tinggi awam negeri Universiti Malaysia Sarawak.

Langkah itu menjadikan negeri pertama mengiktiraf sijil yang dikeluarkan oleh Sekolah-sekolah Menengah Bebas Cina (MICSS) itu.

Pengerusi Persatuan Gabungan Jawatankuasa Sekolah China (Dong Zong) Vincent Lau berkata perkara itu dipersetujui oleh Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satim.

Lepas sekolah persendirian Cina bagaimanapun juga perlu mendapatkan kredit dalam Bahasa Melayu untuk memasuki perkhidmatan awam dan universiti, katanya kepada Malaysiakini .

Putrajaya sebelum ini tidak menerima UEC sebagai syarat untuk menyertai institusi awam, kerana ia dikatakan gagal mengikuti dasar-dasar dan kurikulum sistem pendidikan kebangsaan.

Sebelum ini, Lau dan pengerusi SUPP Sim Kui Hian memberitahu sidang media bahawa mereka akan menyampaikan berita baik untuk masyarakat Sarawak.

Perkembangan hari ini dilihat akan memberi kelebihan kepada kerajaan menjelang pilihan raya umum Sarawak ke-11 yang mesti diadakan sebelum 11 Jun 2016.

Undi Cina di Sarawak sebelum ini banyak memihak kepada pembangkang.

[Baca berita asal]

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In