Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PAS tolak bincang Pakatan 2.0, fokus kuatkan parti
Diterbitkan:  Sep 22, 2015 11:11 AM
Dikemaskini: 3:13 AM

PAS memutuskan untuk tidak menghadiri meja bulat bagi membentuk muafakat politik baru pembangkang, yang dijadual berlangsung pagi ini di Subang Jaya.

Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata parti itu juga mahu menumpukan sepenuh tenaga untuk menguatkan jentera parti terlebih dahulu bagi berdepan Umno dan BN dalam pilihan raya umum ke-14.

"PKR masih adalah rakan tahaluf PAS di dalam Pakatan Rakyat sebagaimana yang telah ditegaskan dalam muktamar.

"Tiada kerjasama antara PAS dengan DAP mahupun AMANAH," tegas Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan pagi ini.

Sungguhpun begitu, PAS turut menghargai jemputan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali ke sidang tersebut.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata PAS terus bersama pembangkang dalam isu yang melibatkan kepentingan rakyat dan menentang salahguna kuasa, rasuah dan penyelewengan dana awam terutamanya isu 1MDB kerajaan Umno-BN.

"Perjumpaan antara PAS dan PKR akan diadakan dari semasa ke semasa dan sentiasa menilai apa jua isu antara kedua parti sebagaimana yang telah ditegaskan oleh presiden PAS," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS