M'sia kecam serang Israel ke atas Masjid Al-Aqsa

   

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan kecaman keras Kerajaan Malaysia terhadap pencabulan Israel ke atas Masjid Al-Aqsa serta cubaan memisahkan tempat ibadah umat Islam itu.

Penduduk Palestin dilaporkan khuatir tentang usaha Israel untuk menukar peraturan di tempat ibadah itu termasuk usaha memisahkan bahagian dan ruang masjid antara umat Islam dan penduduk Yahudi.

Menurut Najib, perkara itu dibangkitkan dalam perbualan telefon dengan Ketua Biro Politik Hamas, Khaled Meshaal.

"Dalam panggilan telefon itu, saya menegaskan bahawa Malaysia akan tetap berdiri teguh bersama rakyat Palestin dalam menghadapi dan menentang pencerobohan serta kekejaman rejim Zionis.

"Semoga mereka diberi kekuatan oleh Allah SWT," kata perdana menteri dalam catatan di laman Facebooknya.

Menurut laporan media antarabangsa, kekerasan anggota keselamatan Israel ke atas penduduk Palestin di Masjid Al-Aqsa yang bermula Ahad lepas menjurus kepada ramai yang cedera dan ditangkap.

-Bernama

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In