Najib fail permohonan ketepi saman Anina
Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan Setiausaha Kerja Umno Datuk Abdul Rauf Yusoh memfailkan permohonan untuk mengetepikan saman bekas anggota Wanita Umno Langkawi Anina Saadudin.
Ketika dihubungi Malaysiakini , peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun mengesahkan bahawa permohonan tersebut telah difailkan tetapi enggan mendedahkan butiran lanjut mengenainya.
Difahamkan permohonan tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui firma Tetuan Hafarizam Wan Aisha and Mubarak semalam.
Semalam Peguam Najib menyatakan di mahkamah sewaktu perkara itu dikemukakan untuk pengurusan kes bahawa pelanggan mereka akan mengetepikan saman dan mendapatkan penggantungan prosiding sementara menunggu pendengaran permohonan itu.
Semalam dilaporkan Penolong Pendaftar Kanan Mahkamah Tinggi Norfauzani Mohd Nordin mengarahkan Najib dan Abdul Rauf memfailkan pembelaan terhadap saman Anina pada 1 Oktober.
Ia berikutan saman Anina berhubung sejumlah RM2.5 bilion yang didakwa didepositkan ke dalam akaun peribadi Najib untuk kepentingan parti.
Komen
PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.