Polis: Kes viral pukul budak di taska selesai
Kes seorang wanita yang didakwa sebagai pemilik taska memukul seorang kanak-kanak yang menjadi viral di Facebook kini telah selesai, kata Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Anuar Othman.
"Kes telah diselesaikan oleh kedua pihak.
“Tiada isu lagi," katanya ringkas kepada Malaysiakini melalui aplikasi WhatsApp.
Sebuah video 53 saat dimuat naik ke Facebook "Friends of BN - Barisan Nasional". Ia memaparkan seorang wanita memukul seorang kanak-kanak yang sedang menangis.
Setakat laporan ini ditulis, video itu telah menjadi viral dan ditonton lebih suku juta kali oleh pengguna laman sosial tersebut.
Selain itu, dalam keterangan video tersebut turut memberitahu bahawa ia dirakam oleh bekas pekerja taska terbabit.
Dalam kapsyen berkenaan, bekas pekerja yang tidak disertakan nama itu memberitahu, pemilik pusat jagaan tersebut suka memarahi dan menyediakan makanan yang tidak elok kepada kanak-kanak.
Malah, alamat taska yang berlokasi di Ipoh serta nama pemiliknya juga disertakan.
Video tersebut mendundang pelbagai reaksi daripada pengguna Facebook.
Mona Yoheswaran pula mengatakan pengasuh terbabit sebagai "Kurang ajar".
Bagi Nuur Hassan pula:
"Bukan cara begini nak didik anak berusia di bawah tujuh tahun. Kita kena guna reverse psychology.
“Bukan bererti pukul mengajar. Sebab itu budak sekarang ramai yang memberontak sebab ajar anak cara keganasan.”
Bagaimanapun, ada antara mereka yang menyokong tindakan itu dengan mengatakan bahawa wanita itu hanya memukul untuk mengajar.
Menurut pemilik Facebook bernama Farra Adila: "Betul, ini lebih pada mendidik, bukanlah pukul betul-betul pun".
Bagi May Wazzup Ganaz pula: "Rasanya itu pukul-pukul manja itu, pukul untuk mengajar. Kalau pukul betul mesti dah teruk budak itu".
Pemilik Facebook bernama Lemon Ais pula berkata: "Sudah-sudahlah. Yang nampak yang buruk saja kan. Dah cara dia mengasuh macam itu. Tak suka cari tempat lain".
Pemilik taska memukul budak.Saya dulu bekerja di taska dan sempat merakam pemilik taska ini memukul seorang budak.Pemilik ini suka marah-marah dan menyediakan makanan yang agak teruk kepada budak-budak.Sekarang ini pemilik taska nak tukar nama taska lain.Nama taska: Excellent Childcare Centre, No 48, Jalan Tasek Lama, Taman Tasek, Ipoh Perak. Nama baru taska: Twinkle Childcare Centre.Pemilik taska: Atikah Bt Puteh cc: Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )
Posted by Friends of BN - Barisan Nasional on Sunday, 20 September 2015

