Tentera Israel tembak wanita Palestin, dakwa terpaksa
Tentera Israel menembak dan mencederakan seorang wanita Palestin dekat pusat pemeriksaan Hebron di kawasan dikuasai mereka di Tebing Barat.
Tentera rejim itu bagaimanapun mendakwa mangsa cuba menikam anggota mereka terlebih dahulu, lapor Al Jazeera yang memetik AP dan AFP .
“Serangan itu berjaya digagalkan apabila warga Palestin itu cuba menikam tentera (Israel) di pendudukan ketenteraan di Hebron,” dakwa tentera Israel dalam kenyataan.
“Pasukan (Israel) terpaksa membalas, menembak ke arah pelaku dan dikenal pasti kena pada sasaran.”
Israeli troops shoot a Palestinian woman at a checkpoint in the occupied West Bank http://t.co/zKW6hGsyRx pic.twitter.com/KmjSmoyDfY
— AJE News (@AJENews) September 22, 2015
Keadaan wanita itu tidak diketahui buat masa ini ini. Bagaimanapun tentera Israel itu tidak tercedera.
Sebelum itu, seorang lelaki Palestin terkorban semasa operasi ketenteraan Israel di tempat sama selepas dia dikatakan mengendalikan bahan letupan.
Ketegangan di Tebing Barat semakin memuncak, termasuk di Baitul Maqdis Timur, menjelang perayaan Yahudi Yom Kippur yang akan bermula apabila tenggelam mahatari hari ini.
Umat Islam juga akan menyambut Aidiladha beberapa hari lagi.
Israel kini mengerahkan beribu-ribu polis di Baitul Maqdis.
Komen
PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.