Polis soal siasat Dr M 'jika ada keperluan'
Pihak polis akan menyoal siasat bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung penyertaan beliau dalam perhimpunan BERSIH 4, jika ada keperluan, kata Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim.
Walaupun tidak mengetahui perkembangan siasatan itu, beliau berkata prosedur menetapkan bahawa polis akan merekodkan kenyataan saksi terlebih dahulu berdasarkan laporan polis yang dibuat, sebelum bergerak ke orang lain.
"Jika ada keperluan, sudah tentu. Kami akan mengambil tindakan yang perlu. Apa yang ingin katakan di sini ialah semua kes berkaitan perhimpunan - sama ada BERSIH atau Baju Merah - kami beri keutamaan dalam penyiasatan.
"Jadi ia melibatkan masa," katanya kepada pemberita dalam sidang medianya pagi ini.
Ditanya sama ada ia bermaksud terdapat keperluan untuk memanggil Dr Mahathir untuk memberi keterangan, Noor Rashid menjawab: "Belum lagi, setakat ini."
Negarawan itu muncul dua kali sewaktu BERSIH 4 pada 29 dan 30 Ogos dan membuat kenyataan mengkritik Perdana Menteri Datauk Seri Najib Razak sewaktu kemunculan hari keduanya di luar Pasar Seni.
Komen
PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.