No 2 PAC digesa nasihat Pua henti dakwa tanpa bukti
Dalam nada menyindir, 1MDB menggesa Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Negara (PAC) Dr Tan Seng Giaw menasihatkan ahli parlimen dan PAC Tony Pua supaya menghentikan daripada mengeluarkan kenyataan berhubung dakwaan tanpa bukti.
Firma pelaburan itu mengulas komentar Tan yang menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat anggota PAC.
"Beri kepada saya bukti, kamu tidak boleh berkata sesuatu hanya melalui khabar angin, apa buktinya? Berikan kepada saya. Jika kamu tak boleh memberikan bukti, kamu tidak sepatutnya kata sedemikian," kata MP Kepong itu.
Menyambut baik pendirian tersebut, 1MDB berkata Tan juga perlu membuat gesaan tersebut terhadap Pua yang mengkritik hebat dana pelaburan itu.
"1MDB mengalu-alukan nasihat yang mendalam ahli parlimen lapan penggal dari Kepong yang tepat pada masanya dan bijak, untuk mendapatkan bukti sebelum membuat tuduhan dan menegakkan kedaulatan undang-undang, orang yang tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.
"Kami percaya Tan akan memberikan nasihat yang sama untuk MP yang lebih muda, Pua untuk membentuk mengeluarkan satu lagi dakwaan tanpa bukti terhadap 1MDB," kata syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini.
Pua dilapor menggesa Deloitte Malaysia untuk bertindak secara bertanggungawab dan membuat laporan polis jika ia penipuan, berhubung pendedahan dalam The Wall Street Journal
Pua dilaporkan meminta Deloitte Malaysia untuk bertindak secara bertanggungjawab dan membuat laporan polis jika ia telah penipuan, berdasarkan pendedahan dalam The Wall Street Journal.
Ia susulan percanggahan berkaitan pembayaran 1MDB International Petroleum Investment Corporation (IPIC) sebagai sesuatu yang tidak boleh diabaikan oleh firma audit.

