Bayi Aleppo lahir dengan serpihan bom di kepala
Sepasukan doktor Syria menemui serpihan bom pada kepala bayi yang dilahirkan secara pembedahan caesarean, lapor media semalam.
Memetik laporan Persatuan Perubatan Asing Syria (Sema), pembedahan berkenaan dijalankan terhadap seorang wanita Aleppo yang hanya dikenali sebagai Amira.
Menurut Al Arabiya News , Amira menjalani pembedahan kecemasan selepas cedera akibat serangan di bandar yang dibelenggu perang sejak bertahun-tahun itu.
Dalam klip video yang menjadi viral itu, sekumpulan doktor Sema dilihat menarik keluar bayi perempuan dari rahim seorang wanita dan ada sesuatu tertanam pada bahagian atas mata kirinya.
Sejurus selepas serpihan besi itu ditarik, bayi tersebut kedengaran menangis.
Laporan mendakwa keadaan bayi dan ibunya kini tidak membimbangkan.
تتقدم الرابطة الطبية للمغتربين السوريين سيمابأحر التهاني الخاصة بحلول عيد الأضحى المبارك إلى الكوادر الطبية والمساندة ا...
Posted by Syrian Expatriate Medical Association on Thursday, September 24, 2015

