Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kualiti udara 2 kawasan di Sabah sederhana pagi ini

Kualiti udara di dua kawasan utama di Sabah mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana, pagi ini.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS) setakat pukul 9 pagi,‎ Kota Kinabalu merekodkan bacaan IPU 56 dan Sandakan (54).

Keningau dan Tawau pula mencatat bacaan IPU baik iaitu masing-masing 48 dan 50.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS