Masih tiada elemen baju merah di Jln Petaling

   

Keadaan sekitar Jalan Petaling berlangsung masih berlangsung seperti biasa sehingga awal petang ini ketika kebimbangan berlaku ketegangan di kawasan tumpuan pelancong itu.

“Setakat ini kegiatan perniagaan di sekitar kawasan Jalan Petaling beroperasi seperti biasa.

“Perniagaan pada sebelah pagi tertumpu kepada pusat makanan manakala gerai-gerai lain dilihat mula dibuka secara berperingkat,” kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi Zainol Abu Samah.

Keadaan sama dikenal pasti di Bukit Bintang, khususnya kawasan perniagaan Cina di Plaza Low Yat.

“Tidak terkesan kehadiran elemen kumpulan Baju Merah di kawasan Jalan Petaling ataupun di Bukit Bintang.

“Rondaan dan pemerhatian oleh polis diteruskan, katanya

Penugasan anggota polis juga dilihat mencukupi buat masa ini, kata Zainol lagi.

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In