Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PMO: Kenyataan arahan PM tutup sekolah adalah palsu
Diterbitkan:  Sep 28, 2015 8:45 AM
Dikemaskini: 1:21 AM

Pejabat Perdana Menteri malam tadi menafikan kesahihan gambar yang memaparkan kononnya satu kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung penutupan sekolah akibat jerebu.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam kenyataan di akaun Facebook, PMO Malaysia, berkata kenyataan itu adalah palsu dan tidak ada apa-apa arahan berkaitan penutupan sekolah akibat jerebu yang dikeluarkan oleh perdana menteri baru-baru ini menerusi laman Twitter beliau.

"Semua pihak perlu menghentikan penyebaran imej ini. Ini adalah perbuatan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan siasatan asal usul pertama imej ini akan dilakukan serta merta oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

"Tindakan juga akan diambil terhadap mereka yang melanggar undang-undang Malaysia," kata PMO.

Kenyataan palsu menerusi Twitter yang dicatatkan pada 12.03 pagi 26 September itu memetik perdana menteri sebagai berkata "Saya memohon Kementerian Pendidikan menutup semua sekolah seluruh Malaysia pada hari Isnin dan Selasa berikutan jerebu".

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS