Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Duta China ke Malaysia Huang Huikang tiba di pejabat Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hamzah Zainuddin, yang juga pemangku menteri luar negara.

Huang hari ini tiba di pejabat Hamzah pada jam 11.35 pagi dengan pembantunya.

Sebelum ini, bekas menteri Tan Sri Ong Ka Ting, yang juga penasihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam hal ehwal China, juga tiba.

Huang diminta menjelaskan kenyataan yang dikeluarkannya di Jalan Petaling, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Beliau bertemu Hamzah pada 12.20 tengah hari.

Seorang pegawai Hamzah berkata tiada sidang media akan diadakan selepas mesyuarat itu dan kenyataan rasmi akan dikeluarkan oleh Wisma Putra selepas ini.

Wisma Putra sebelum ini memanggil Huang susulan kenyataan sehari sebelum ura-ura himpunan yang dibimbangi menyebabkan rusuhan di ibu negara sebelum ini.

Pemangku menteri luar bagaimanapun dilapor membatalkan panggilan itu yang dikatakan tidak mengikut protokol oleh timbalan menteri luar negara.

Huang juga enggan mengulas desakan untuk beliau memohon maaf yang dibuat oleh akhbar Umno Utusan Malaysia .

Dalam lawatannya, Huang memberitahu media, China menentang sebarang bentuk keganasan, perkauman dan sikap melampau yang disasarkan terhadap kumpulan etnik tertentu.

Huang juga dilapor sebagai berkata republik itu menentang pihak yang menyebabkan keganasan untuk mengganggu ketenteraman awam.

Ia dilihat merujuk kepada kumpulan yang ingin berhimpun di Jalan Petaling pada Sabtu lalu. Perhimpunan itu tidak menjadi kenyataannya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS