Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ayatullah Iran: Kematian di Mina bukan isu kecil
Diterbitkan:  Sep 28, 2015 5:00 PM
Dikemaskini: 9:12 AM

Tekanan kepada pentadbiran Arab Saudi susulan insiden rempuhan di Mekah dalam ibadat haji terus datang daripada Iran.

Ia kali ini datang daripada pemerintah tertinggi negara itu sendiri Ayatollah Ali Khamenei ketika Riyadh menuduh Tehran mempolitikkan bencana itu.

Dalam insiden itu lebih 700 jemaah haji terkorban, terburuk dalam tempoh 25 tahun. Jemaah daripada Iran antara yang teramai terkorban.

“Di sebalik menyalahkan itu ini, Saudi patut terima tanggungjawab dan meminta maaf kepada umat Islam dan anggota keluarga mangsa,” kata Khamenei dalam laman webnya, seperti dilaporkan Al Jazeera .

“Dunia Islam ada banyak soalan. Kemarian lebih daripada 1,000 orang bukan isu kecil. Negara-negara Islam patut tumpukan pada isu ini,” kata Khamenei.

Pihak berkuasa Iran mendakwa jumlah kematian lebih daripada seribu orang.

Khamenei ( gambar ) mengarahkan mayat warganegara Iran terkorban dikebumikan di tapak perkuburan orang-orang yang syahid.

Anggota parlimen Iran menyalahkan “salah urus dan ketidakmampuan” Arab Saudi.

Penunjuk perasaan berhimpun di kedutaan Arah Saudi di Tehran sambil melaungkan “hancur Amerika Syarikat dan Arab Saudi”.

Seorang jemaah haji Malaysia disahkan terkorban dalam insiden rempuhan di Mina pada 10 Zulhijjah (24 September) lepas setelah dipercayai tersasar ke kawasan kejadian.

Seramai 717 jemaah haji terkorban setakat ini dalam kejadian rempuhan itu yang berlaku di kawasan perkhemahan jemaah negara-negara Arab, yang terletak kira-kira empat kilometer daripada perkhemahan jemaah Malaysia.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS