Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Awas! Instant Caf Theatre gegarkan majlis ulangtahun Malaysiakini

Kumpulan komedi terkenal Instant Caf Theatre (ICT) yang terkenal dengan karya mereka yang kaya dengan sindiran politik, akan membuat persembahan istimewa di majlis ulangtahun kelima penubuhan malaysiakini pada 27 November ini di Kuala Lumpur.

Jo Kukathas dan Patrick Teoh dua penghibur veteran popular akan 'memanaskan' suasana di majlis tersebut dengan persembahan komidi yang pastinya akan membuat penonton tidak kering gusi.

Kukathas adalah pengarah ICTdan merupakan seorang pelakon serba-boleh manakala Teoh pula lebih dikenali di kalangan penonton di Malaysia sebagai "Suara Malaysia", melalui tugasnya sebagai juruhebah radio sejak dua dekad lalu.

Mereka mempunyai 32 tahun pengalaman sebagai penghibur dan turut membuat persembahan di dalam dan di luar negeri termasuk melalui teater, televisyen dan filem yang mendapat sambutan ramai.

Yang paling menyerlah ialah watak yang dibawa oleh Teoh dalam filem blokbuster Hollywood 'Anna and the King'. Manakala Kukathas juga dikenali melalui teaternya 'From Table Mountain to Teluk Intan' yang telah membawanya ke New York Fringe Festival.

"Biasanya kami mengadakan persembahan untuk tujuan amal, kepada orang ramai ataupun pertubuhan-pertubuhan yang memperjuangkan kebebasan bersuara dan hak asasi manusia," kata Kukhatas kepada malaysiakini .

Pencapaian

"Apa yang lakonkan dalam komidi kami ialah sama dengan apa yang dilakukan oleh malaysiakini kami mempersoalkan atau meneliti secara dapat apa yang berlaku di sekeliling kita."

Dan secara kebetulan, ICT juga akan menyambut ulangtahunnya yang ke-15 pada 1 Dec ini hanya beberapa hari sahaja dari tarikh lahir malaysiakini pada 20 November tarikh malaysiakini dilancarkan pada 1999.'

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif malaysiakini , Premesh Chandran berkata walaupun terpaksa mengharungi pelbagai cabaran sepanjang tempoh sepanjang lima tahun lalu di segi kewangan dan kerenah birokrasi tetapi dalam masa yang sama, malaysiakini telah mengukir pencapaian membanggakan dalam memperjuangkan kebebasan akhbar.

" Malaysiakini telah menjadi bahan kajian global mengenai bagaimana Internet boleh digunakan untuk memperkenalkan kepelbagaian dalam persekitaran kebebasan media yang dikawal," katanya.

Oleh itu, katanya, sambutan ulangtahun kelima ini adalah untuk meraikan pencapaian malaysiakini dan juga 'hakikat bahawa rakyat Malaysia dapat membincangkan secara matang mengenai isu-isu sensitif".

" Malaysiakini bukan sahaja mampu menawarkan kepada pembaca dan pelanggan kami sumber maklumat independen setiap hari, tetapi kami juga menjadi bukti bahawa media di Malaysia boleh berfungsi secara bertanggungjawab walaupun tanpa permit daripada kerajaan," katanya lagi.

Cabutan bertuah

Dengan menetapkan sasaran seramai 1,000 tetamu, Jabatan Pemasaran dan kakitangan malaysiakini setakat ini telah mejual beratus-ratus tiket kepada pembaca, pelanggan, penderma serta peminat yang selama membantu survival malaysiakini selama ini.

Pemimpin politik, pegawai kanan kerajaan, para diplomat dan pengamal media dijangka menghadiri majlis sambutan ulangtahun itu berlangsung di Hotel Flamingo, Ampang.

Pada malam tersebut, para hadirin akan diperkenalkan kepada 'mereka yang berada di belakang tabir' operasi lamanweb malaysiakini sejak lima tahun lalu.

Selain itu, para tetamu juga akan berpeluang memenangi hadiah tiket penerbangan melalui cabutan bertuah yang akan diadakan pada malam itu.

Tiket-tiket yang setiap satu berharga RM50 hingga RM75 boleh didapati dengan menghubungi Jabatan Pemasaran malaysiakini di talian 03-22835567 sambungan 105, atau melayari halamanweb mengenai majlis ulangtahun malaysiakini.

Tiket boleh diperolehi di pintu masuk Hotel Flamingo pada malam tersebut, tetapi bayaran mestilah dibuat lebih awal.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Pengurus Pemasaran John Stothard melalui talian telefon di atas ataupun melalui emel [email protected] .


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS