Pemandu van pengiring yang menyebabkan kemalangan parah kepada pelumba pelapis berbasikal lebuh raya wanita negara, Nur Rozi Yanti Mat Rodzi, bakal ditamatkan perkhidmatan.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata laporan jawatankuasa siasatan kemalangan mendapati pemandu van merangkap mekanik itu cuai sehingga menyebabkan kemalangan pada 5 Sept lepas, lapor Bernama .

"Beliau akan ditamatkan perkhidmatan dengan tempoh notis sebulan. Majlis Sukan Negara (MSN) akan keluarkan surat dalam masa terdekat.

"Saya juga meminta tindakan disiplin diambil terhadap jurulatih kerana beliau juga harus mengambil sedikit tanggungjawab," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada Kontinjen Sukan Orang Pekak di Kementerian Belia dan Sukan (KBS), di Putrajaya hari ini.

Berita selanjutnya dalam ruangan sukan di sini .