Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Pelajar M'sia, usah percaya khabar angin blog, portal berita'
Diterbitkan:  Sep 29, 2015 6:58 PM
Dikemaskini: 11:02 AM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengingatkan pelajar Malaysia di Amerika Syarikat supaya tidak mempercayai tulisan dalam blog dan portal berita.

"Jangan percaya semua yang kamu baca dalam blog atau portal berita sebab cukup banyak khabar angin dan dakwaan tanpa bukti," katanya dalam majlis yang dianjurkan Konsulat Malaysia di New York.

Malaysiakini memperolehi rakaman ucapan Najib pada majlis itu.

Perdana menteri berdepan liputan buruk dari media dalam dan luar negara khususnya berkaitan 1MDB dan sumbangan politik RM2.6 bilion.

Sebelum itu, ucapannya di Perhimpunan Agung PBB, Najib telah dikritik oleh akhbar Washington Post, Sydney Morning Herald dan The Globe and Mail dari Kanada.

Dalam usaha memuaskan pelajar bahawa negara dan kerajaan lakukan dengan baik, Najib berkata Malaysia berada di landasan yang betul untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi.

Beliau memberi contoh kedudukan Malaysia ditangga ke-12 daripada 60 negara yang berdaya saing tahun 2014.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS