Pemandu GrabCar ditahan SPAD pada protes pemandu teksi
Seorang pemandu kenderaan swasta ditahan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di luar pejabat suruhanjaya itu dekat Kelana Jaya sewaktu bantahan oleh pemandu teksi pagi ini.
Perkara itu didedahkan oleh seorang pemandu teksi yang menyertai protes itu, Jay Rohezan. Jay berkata, seorang pemandu kenderaan swasta Suhaimi Abdul Manaf itu telah ditahan oleh pegawai SPAD.
Menurut Jay, sebelum itu beliau telah menghubungi Suhaimi dengan menggunakan aplikasi MyTeksi/GrabCar.
Katanya, apabila Suhaimi tiba untuk mengambil "penumpangnya", pemandu teksi itu kemudian mengelilinginya dan berkeras mahu dia ditahan oleh pegawai SPAD.
Pegawai SPAD mengakuinya sebelum Suhaimi memandu untuk meninggalkan tempat itu dengan keretanya.
Perbuatan yang dilakukan Suhaimi itu dianggap menyalahi undang-undang kerana menggunakan kenderaan persendirian berdaftar bagi menjalankan perkhidmatan teksi.
Pemandu teksi berada di pejabat SPAD hari ini antara lain membuat bantahan terhadap dua perkhidmatan sewa kenderaan swasta- Uber dan GrabCar.
"Saya baru buat tempahan dengan lelaki ini untuk lihat sama ada dia datang ke ibu pejabat SPAD. Lihat kenderaan-kederaan persendirian ini, mereka kini sudah berani," kata Jay lagi.

