Berlaku pertempuran di Tebing Barat, termasuk Baitul Maqdis Timur, antara warga Palestin dan tentera Israel susulan ketegangan berterusan di perkarangan Masjidil Aqsa.
Pada Selasa, ahli Parlimen Israel (Knesset) daripada gabungan Arab Joint List, Jamal Zahalka hadir di perkarangan Al-Aqsa untuk membantah lawatan pertubuhan-pertubuhan Yahudi ke tanah suci selain sekatan terhadap orang Palestin.
"Kami tiada masalah dengan pelawat bangsa Yahudi.
“Kami cuma ada masalah dengan kumpulan yang datang untuk buat provokasi kepada rakyat Palestin," kata Zahalka merujuk kepada kehadiran kumpulan sayap kanan Israel.
Arab Joint List adalah gabungan parti-parti yang didominasi orang Arab di Israel.
Kumpulan anti-Zionis itu mempunyai keanggotaan ketiga terbesar dalam Knesset.
Sejak pagi Isnin lalu, lelaki Palestin yang berumur bawah 50 tahun dihalang melawat Masjidil Aqsa.
Golongan wanita bagaimanapun tidak dikenakan had umur.
Jurucakap polis Israel pula tidak dapat dihubungi bagi mengulas perkara itu.
