Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Jaringan Melayu Malaysia (JMM) hari ini membuat laporan polis terhadap seorang pengguna laman sosial Facebook, Wan Ahmad Fayhsal selepas didakwa membuat kenyataan berunsur hasutan dan fitnah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Laporan polis itu dibuat oleh ketua pengarah Pertiwi JMM, Khalijah Mohamed di balai polis Pandan Indah di ibunegara kira-kira jam 2.30 petang tadi.

Ketika dihubungi selepas membuat laporan itu berkata, Khalijah mendakwa bahawa kenyataan Wan Ahmad berbaur hasutan dan fitnah sekaligus didakwanya cuba menjatuhkan kepimpinan perdana menteri.

Oleh itu, beliau menggesa supaya polis segera mengambil tindakan terhadap kenyataan Wah Ahmad itu.

Dalam kenyataan disiarkan pada 27 September lalu itu, Wan Ahmad Fayhsal didakwa mempersoalkan kepimpinan Najib apabila mengaitkan perdana menteri itu dengan pelbagai kegiatan rasuah.

Menurut Khalijah lagi, pihaknya akan terus memantau laman sosial Wan Ahmad Fayhsal selain menggesa Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat akaun facebooknya sekiranya perlu.

“Kita akan terus memantau laman sosialnya sama ada Wan Ahmad Fayhsal ini terus menerus buat kenyataan yang melibatkan pelbagai isu berhubung kepimpinan pendana menteri.

“Kita akan membuat satu tindakan susulan kepada pihak SKMM untuk menutup akaun Facebook beliau,” tambah Khalijah.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS