Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Saifuddin tunggu 'ilham' jawab surat tunjuk sebab

Kerana menghadiri perbincangan yang diikuti dengan pelancaran pakatan pembangkang baru - Pakatan Harapan - membuat bekas MP Umno, Datuk Saifuddin Abdullah menerima surat tunjuk sebab.

Dan bekas timbalan menteri itu mempunyai masa sehingga 6 Oktober untuk menjawabnya.

"Tengah tunggu ilham," katanya kepada Malaysiakini ketika ditanya mengenai perkara itu.

Menurut Saifuddin, surat bertarikh 22 September telah dihantar dengan tangan ke pejabat Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) pada pagi 28 September

Saifuddin adalah ketua pegawai eksekutif GMM.

Dalam mesej teks, Saifuddin berkata beliau diberi masa 14 hari dari tarikh (22 September) untuk menjawabnya.

Katanya, surat itu ditandatangani oleh Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS