Rabies buat Jakarta hati-hati dengan daging anjing
Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama meminta Badan Pengawas Ubat dan Makanan (BPOM) Indonesia lebih berhati-hati mengendalikan pengeluaran daging anjing dari Sukabumi, Jawa Barat.
Ini susulan tersebar wabak anjing gila atau rabies selepas daging potong daripada 40 ekor anjing dibawa masuk ke ibu kota republik itu setiap hari, lapor Tempo .
Ketua BPOM Dewi Prawitasari bagaimanapun berkata penyelidikan bukan bawah bidang kuasa mereka.
“Prinsip daging mentah harus sihat dan selamat untuk dimakan,” Dewi Prawitasari dilapor sebagai berkata.
Dewi menambah, BPOM hanya boleh menguji makanan yang sudah diproses manakala Kementerian Pertanian, Kelautan, dan Ketahanan Makanan (DKPKP) di Jakarta harus menyelidiki tahap kualiti daging itu.
“Buat masa ini tidak ada proses daging anjing dan buat masa sekarang BPOM tidak menyelidiknya,” kata Dewi lagi.
Jakarta menjadi kota terbesar yang menjadikan daging anjing sebagai makanan di Indonesia.

