Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kabinet setuju duta China tak berniat campur tangan
Diterbitkan:  Sep 30, 2015 8:37 PM
Dikemaskini: 12:42 PM

Lawatan Duta China ke Malaysia Huang Huikang ke Jalan Petang telah mencetuskan kontroversi dalam beberapa hari yang lalu. Bagaimanapun kabinet membincangkannya hari ini dan bersetuju bahawa duta itu tidak berniat untuk campur tangan dalam hal ehwal domestik.

Menurut laporan Sin Chew Daily , kabinet juga bersetuju bahawa perkara itu telah selesai.

Walaupun isu ini telah mendapat perhatian di peringkat antarabangsa, tetapi kabinet berpendapat ia tidak menjejaskan hubungan dua hala antara China dan Malaysia.

Kabinet juga berpendapat bahawa pihak-pihak tertentu telah menyalah tafsir kenyataan duta itu dan melihatnya di luar konteks, yang kemudiannya menjadi viral di media sosial dan telah menimbulkan salah faham.

Sin Chew Daily memetik Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Wee Ka Siong (foto) bahawa para menteri MCA telah menjelaskan perkara itu kepada kabinet - bahawa duta itu tidak pernah menyebut 'Cina Malaysia' dalam ucapannya, yang telah diputarbelitkan oleh sesetengah pihak.

Tambahnya, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan mewakili kerajaan, yang akan mengeluarkan kenyataan untuk menutup isu ini.

"Mereka yang lemah dalam bahasa Cina, dalam menterjemahkan ucapan asal, telah menyalah tafsir kata-kata duta itu, beliau tidak pernah menggunakan perkataan Cina Malaysia."

Menurut Wee lagi, ia juga disebut dalam kabinet bahawa Wisma Putra tidak memanggil Huang, tetapi hanya memanggilnya untuk meminta beliau menjelaskan sama ada ucapannya di Jalan Petaling telah disalah faham atau sebaliknya. - Mkini English


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS