Bung tak bimbang idea sesi khas PM jawab soalan
Pelaksanaan waktu khas menyoal perdana menteri di parlimen jika dilaksanakan mungkin menjadi rahmat besar buat pembangkang yang mahu menghujankan soalan kepada Datuk Seri Najib Razak.
Bagaimanapun, bagi anggota parlimen Kinabatangan, semua itu tiada masalah.
“Kita tidak bimbang (dengan pembangkang), kerana perdana menteri tahu bagaimana hendak jawab,” katanya kepada
Malaysiakini
.
Selain untuk menjawab soalan, Bung juga percaya ia mampu mengurang “tanggapan (negatif) di media sosial” terhadap Najib.
“Prime Minister Question Time” yang dilaksanakan Australia kelmarin dilapor menarik minat parlimen Malaysia untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai pelaksanaannya.
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata secara dasarnya cara persidangan parlimen kedua-dua negara adalah sama, namun kaedah berkenaan tiada di negara ini.
"Ia merupakan antara lain yang sedang saya fikirkan kalau boleh dilaksanakan di Parlimen Malaysia," beliau dilapor berkata kepada pemberita selepas bertemu delegasi Parlimen Australia, diketuai Dr Andrew Southcott selama hampir sejam di bangunan parlimen.
Bernama difahamkan melalui kaedah itu, perdana menteri Australia meluangkan masa khas sehari dalam seminggu di parlimen untuk menjawab pelbagai soalan yang dikemukakan.
Komen
PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.