Peguam Khairuddin dipanggil polis lagi
Peguam mewakili Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, Matthias Chang hari ini sekali lagi dipanggil memberi keterangan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi berhubung kes bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan itu.
Matthias hadir sebagai saksi di IPD Dang Wangi kira-kira 9.30 pagi ini bersama-sama peguamnya, Zainur Zakaria, Ahmad Bazlan Che Kassim dan Mohd Akmal Afiq Mohammad bagi membantu siasatan polis.
Perkara itu disahkan Ahmad Bazlan ketika ditemui pemberita di perkarangan IPD Dang Wangi.
"Matthias hadir sebagai saksi kerana beliau berada bersama Datuk Khairuddin ke beberapa negara berhubung dakwaan yang dibuat.
"Tidak ada tekanan dari pihak polis tapi keterangan hari ini lebih menjurus kepada isu 1MDB.
"Keterangan diambil selama dua yang bermula sekitar jam 10.30 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengah hari ini," katanya.

