Harimau bintang malang 'berkepala periuk'
Diterbitkan: Oct 2, 2015 4:00 PM | Dikemas kini: Oct 2, 2015 4:11 PM
Malang tidak berbau bagi seekor harimau bintang yang di India selepas kepalanya tersangkut di dalam periuk logam.
Telatah harimau bintang itu dirakam di sebuah kampung di India Utara dan klip video itu kini dikongsi meluas di media sosial.
BBC yang memetik media tempatan melaporkan, haiwan karnivor itu kelmarin terlalu haus hingga cuba minum air dalam periuk berkenaan.
Pegawai perhutanan dilaporkan terpaksa mengambil masa hingga enam jam untuk menenangkan dan mengeluarkan kepala harimau bintang itu.
Masa lama terpaksa diambil kerana mereka takut untuk mendekati haiwan malang itu.

