Satelit Indonesia masih mengesan lebih 100 titik panas di wilayah Sumatera yang menunjukkan masalah kebakaran hutan - dan menyebabkan masalah jerebu serantau - boleh diatasi sepenuhnya.

Walaupun jumlah itu berkurangan daripada 693 titik semalam, keadaan itu tetap menyebabkan wilayah Riau diselimuti asap tebal.

"Titik panas itu dipantau jam 5 pagi tadi," kata Ketua Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Stesen Pekanbaru, Sugarin, hari ini.

Media melaporkan, satelit mengesan 111 titik panas di sekitar Sumater.

Badan pemantau itu turut mennyatakan titik panas paling banyak dicatatkan di Sumatera Selatan dengan 90 titik, disusuli Lampung 14 titik, dan Bangka Belitung tiga titik.

Bagaimanapun, di Riau tiada sebarang kebakaran dikesan.

Sugarin menjelaskan, cuaca di wilayah Riau sebenarnya cerah tetapi keadaan semasa tetap mendung akibat asap tebal dari wilayah berhampiran.

Pada masa sama, katanya, kebarangkalian hujan turun pula begitu rendah dan mungkin tidak menyeluruh di wilayah utara, barat dan tengah Riau.

"Suhu maksimum pula antara 31 hingga 33 darjah Celsius," katanya seperti dilaporkan Tempo.

Sementara itu di Pekanbaru, jarak penglihatan menurun sehingga hanya 100 meter. Pencemaran asap tebal diburukkan lagi dengan dengan kabus.