Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ku Nan: Saifuddin 'gila' persoal surat tunjuk sebab

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyifatkan bekas anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Saifuddin Abdullah "gila" kerana mempersoalkan surat tunjuk sebab parti itu kepadanya.

"Hari ini dia dah jawab (surat tunjuk sebab) dan dia pula soal saya... Kita soal dia, (tapi) dia soal kita, gila ke tak?

"Saya kata tak mengapalah, surat itu saya hantar kepada peguam saya, dan saya akan hantar kepada Lembaga Disiplin," katanya dalam sidang media di ibu negara hari ini.

Saifuddin berdepan kemungkinan tindakan displin ekoran tindakannya menghadiri sidang meja bulat pembangkang dan tertubuhnya gabungan baru parti pembangkang.

Kehadiran bekas timbalan menteri pengajian tinggi itu turut mengejutkan pemimpin Umno.

Sebelum ini, Tengku Adnan memberitahu Saifuddin supaya menyertai pembangkang jika beliau mahu menghadiri majlis mereka.

Selain itu, Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Razlan Rafii turut mendesak Saiffuddin keluar parti.

Menteri Wilayah Persekutuan yang mesra dipanggil Ku Nan menyerahkan kepada Lembaga Displin sama ada mahu memecat Saifuddin ataupun tidak.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS