Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
17 kawasan catat IPU tak sihat setakat 10 malam
Diterbitkan:  Oct 5, 2015 8:45 PM
Dikemaskini: 4:24 PM

Jalan Tasek di Ipoh dan Perai adalah dua kawasan yang mencatat penurunan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) setakat 10 malam ini.

Jalan Tasek mencatat bacaan IPU 97 manakala Perai (99), dengan kedua-dua kawasan masing-masing sebelum ini merekodkan bacaan 103 dan 110 pada 7 malam tadi.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), sebanyak 17 kawasan masih mencatat bacaan IPU tidak sihat.

Kawasan yang mencatat bacaan IPU tidak sihat adalah Pasir Gudang (111), Alor Setar (109), Sungai Petani (111), Langkawi (158), Bandaraya Melaka (113), Bukit Rambai (116), Port Dickson (111), Sekolah Kebangsaan Jalan Pegoh, Ipoh (113), Kampung Air Putih, Taiping (114) dan Seri Manjung (133).

Turut mencatat bacaan IPU dalam kategori sama ialah Kangar (107), Seberang Jaya 2 (113), Universiti Sains Malaysia (117), Banting (103), Kuala Selangor (122), Pelabuhan Klang (118) dan Shah Alam (114).

IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

- Bernama

Lihat Komen
ADS