Majlis Ulangtahun Kelima Malaysiakini semakin hampir
Sekiranya anda belum lagi mendapatkan tiket untuk menghadiri majlis makan malam ulangtahun kelima malaysiakini pada 27 November ini, sebaiknya anda jangan bertangguh-tangguh lagi kerana hanya tinggal sembilan hari lagi untuk anda berbuat demikian kerana lebih 400 tempat duduk sudahpun diisi.
Apakah yang bakal anda saksikan dan siapakah tetamu yang bakal anda temui di majlis tersebut yang akan berlangsung di Hotel Hotel Flamingo di Ampang mulai jam 7 malam:
Kehadiran para tetamu dari pelbagai pandangan dan latarbelakang sosial serta politik tanahair, ahli politik kerajaan dan pembangkang, Ahli Dewan Undangan Negeri, blogger, pelakon komidi dan tentunya orang media.
Bagi mereka yang telah mengesahkan kehadiran pada malam tersebut, tunggulah persembahan hebat oleh Kumpulan Instant Cafe Theatre (ICT) selama 40 minit yang menjanjikan sesuatu hebat yang penuh dengan sindiran yang menggelikan hati penonton.
Jo Kukathas dan Patrick Teoh, dua nama pelakon yang tidak asing lagi di negara ini akan mengadakan persembahan itu secara pecuma. Pastinya mereka akan membuat anda tidak kering gusi sepanjang menyaksikan gelagat mereka pada malam tersebut.
Antara mereka yang sudah mengesahkan kehadiran di majlis tersebut ialah Wakil Rakyat MCA bagi Subang Jaya, Lee Hwa Beng, aktivis sosial dan setiausaha agung Parti Sosialis Malaysia S Arutchelvan, ahli politik dari DAP, PAS, Parti Keadilan Rakyat dan Amnesty International Malaysia.
Tanda penghargaan
Majlis ulangtahun tersebut juga diadakan sebagai tanda penghargaan pengasas dan kakitangan malaysiakini kepada semua pihak yang telah bersama-sama membantu dan memberi sokongan sepanjang lima tahun lamanweb ini beroperasi.
"Bahawa kami telah berjaya 'bertahan' sehingga sekarang adalah sesuatu yang amat mengkagumkan. Tetapi kami bukan sahaja 'bertahan', tetapi kami juga dengan cara kami yang tersendiri telah menyumbang kepada perubahan-perubahan yang amat diperlukan di Malaysia.
"Jelas sekali kami tidak akan mampu melakukan semua ini sendirian tanpa sokongan anda semua mereka yang melanggan dan terus menjadi penyokong setia kami. Majlis ini adalah bagi kami di malaysiakini, untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada sokongan yang telah anda berikan kepada kami selama ini," kata Ketua Pengarang dan pengasas
malaysiakini
, Steven Gan.
Sebagai menyatakan penghargaan kami di malaysiakini , terutama Gan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Premesh Chandran, dua tiket penerbangan pergi-balik ke Bintulu dan Surabaya bakal menunggu anda yang bernasib baik memenangi cabutan bertuah pada malam tersebut.
Di samping itu, buku kecil yang akan menceritakan mengenai 'perjalanan' malaysiakini mulai tarikh kelahirannya pada 20 November 1999 sehinggalah ke hari ini, akan turut diedarkan pada malam tersebut.
Bacalah mengenai bagaimana lamanweb ini berjaya menyiarkan berita-berita ekslusif serta anugerah-anugerah media antarabangsa yang dimenanginya. Juga tidak dilupai serbuan pihak polis terhadap pejabat malaysiakini pada 30 Januari tahun lalu.
Jadi, jangan bertangguh-tangguh lagi untuk mendapatkan tiket untuk menghadiri majlis makan malam tersebut untuk bersama-sama meraikan ulangtahun kelima malaysiakini yang menjadi lamanwab sumber berita independen.
Dapatkan tiket anda
Tiket-tiket dijual pada hari RM50 hingga RM75 tiap satu, yang boleh dibeli dengan menghubungi Jabatan Pemasan kami di talian 03-22835567 sambungan 105, atau melayari lamanweb malaysiakini .
Tiket juga boleh dibeli terus di pintu masuk pada malam tersebut, tetapi bayaran hendaklah dibuat terlebih dahulu. Bayaran boleh dibuat melalui kad kredit, bayaran mayban2u dan cek.
Sebuah kaunter khas juga akan disediakan pada malam tersebut bagi memudahkan para hadirin melanggani malaysiakini atau bagi mereka yang perlu memperbaharui langganan masing-masing.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi Pengurus Pemasaran John Stothard at john@malaysiakini.com atau ditalian dan sambungan di atas.

