Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MP Umno akan dipanggil bantu siasatan kes tanah
Diterbitkan:  Oct 7, 2015 2:31 PM
Dikemaskini: 6:33 AM

Seorang anggota Umno parlimen Umno didakwa disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih belum dipanggil.

Sumber yang mengetahui perkara itu bagaimanapun mengesahkan bahawa SPRM mahu mengadakan sesi itu dengannya.

“SPRM masih belum panggil MP itu lagi. Tetapi dia akan dipanggil kemudian bagi membantu siasatan,” kata sumber kepada Malaysiakini .

Sumber juga menjelaskan kes itu tidak berkaitan urusniaga pembelian hotel mewah oleh Felda di London.

“Ia berkaitan pembelian tanah di Johor,” kata sumber.

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mohd Azam Baki enggan mengulas dakwaan itu ketika dihubungi.

“Tiada komen,” katanya.

Semalaman, dilaporkan bahawa wakil rakyat Umno itu, yang juga pengarah di sebuah anak syarikat Felda, dipanggil untuk soal siasat susulan dakwaan salah guna kuasa.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS