Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus menjadi penjawat awam kanan terbaru yang menyertai kumpulan 25 (G25) tokoh Melayu.

Ditanya untuk mengesahan sama ada benar beliau menyertai kumpulan itu, Hishamudin - yang bersara bulan lalu - dengan tegas menjawab "ya".

Menurutnya lagi, beliau secara rasmi dijemput menyertai kumpulan itu pada 30 September lalu.

Dikenali di kalangan pengamal undang-undang dan diakui oleh Professor Emeritus Shad Saleem Faruqi sebagai hakim yang banyak memberi keputusan penting, Hishamudin bersara pada 9 September.

Dalam wawancaranya dengan Malaysiakini, beliau mengesahkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menghentikan perlantikanya ke Mahkamah Persekutuan.

Kumpulan 25 itu sebelum ini turut disertai beberapa bekas hakim termasuk bekas hakim Mahkamah Tinggi Datuk Syed Ahmad Idid Syed Ahmad, dan bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Seri Shaikh Daud Md Ismail.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS