Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jerebu: NGO gerakkan usaha saman Indonesia
Diterbitkan:  Oct 9, 2015 4:33 PM
Dikemaskini: 8:35 AM

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), sebuah NGO yang aktif dalam isu-isu politik, kini menggerakkan usaha untuk menyaman Indonesia dan syarikat yang terlibat mencetuskan masalah jerebu di rantau ini.

Pengarah propagandanya Edy Nor Reduan berkata perbincangan ke arah itu telah dilakukan dengan aktivis dan pihak lain ke arah tindakan undang-undang oleh mangsa yang terjejas langsung.

“SAMM meminta untuk sesiapa yang dimasukkan ke wad dan mempunyai laporan perubatan dengan menyatakan kesihatan terjejas kerana jerebu tampil untuk berkongsi maklumat bagi membantu perbincangan ke arah tindakan perundangan ini,” katanya.

Mereka harap dapat mengumpulkan pihak yang terjejas kesihatan susulan jerebu, termasuk pengesahan doktor.

Pada 18 September lalu, memorandum bantahan kepada Presiden Indonesia Joko Widodo susulan masalah yang mengundang pelbagai kesan negatif kepada ekonomi dan sektor lain seperti pelancongan dan perikanan.

Dalam kenyataan hari ini, Edy ( gambar ) berkata mereka menolak jawapan klise Indonesia setiap kali muncul semula isu itu.

“Jika tindakan diambil dan Indonesia serius pasti masalah ini tidak akan berulang setiap tahun.

“Sepatutnya modus operasi kapitalis rakus yang membakar hutan atau pembakaran hutan kerana pembukaan kebun secara tradisional sudah boleh diatasi jika ia dibuat secara serius,” katanya.

Berhubung dakwaan syarikat Malaysia di Indonesia terlibat mencetuskan masalah sama, SAMM berkata mereka tidak menolak perkara itu dan mahu ia didedahkan selain tindakan undang-undang dikuatkuasakan.

Lihat Komen
ADS