Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pasukan debat Harvard kecundang pada banduan NY
Diterbitkan:  Oct 9, 2015 5:19 PM
Dikemaskini: 9:31 AM

Pada mata siapa pun, mahasiswa universiti berprestij Universiti Harvard sudah tentu pilihan mereka jika bertanding dalam pertandingan debat, apatah lagi jika yang menentangnya banduan penjara.

Dalam kes Universiti Harvard melawan banduan penjara di New York yang terlibat porgram Bard College, anda mungkin tidak dapat menerima keputusannya: Harvard tewas.

Bagaimanapun, kelab debat penjara itu memang menyimpan rekod cemerlang selama ini menewaskan pasukan daripada pelbagai universiti lagi.

Ini termasuk University Vermont dan Akademi Ketenteraan Amerika Syarikat di New York.

Dalam pertandingan itu, mereka harus mempertahankan pandangan supaya sekolah awam di AS diberi hak untuk menafikan pendaftaran pelajar yang tidak mempunyai kad pengenalan – sebuah idea yang tidak dipersetujui mereka.

Lihat Komen
ADS