Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyifatkan beliau sudah jemu mendengar perkhabaran mengenai prestasi sukan negara yang teruk.

Sehubungan itu menurut beliau, sambutan Hari Sukan Malaysia (HSN) yang diperkenalkan hari ini diadakan untuk membolehkan kualiti sukan negara dapat ditingkatkan.

"Saya sudah bosan melihat pasukan bola sepak kita kalah 10 - 0. Kita sudah bosan kerana sudah sekian lama Malaysia masih lagi belum menang pingat emas dalam temasya Olimpik‎.

"Jadi antara jawapannya (HSN ini) adalah untuk menjadikan Malaysia‎ negara sukan. Kalau lebih ramai rakyat kita terlibat dalam sukan, lagi mudah untuk kita cari bintang-bintang sukan bagi masa akan datang," katanya ketika menyampaikan ucapan alu-aluan sempena HSN 2015 di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam hari ini.

Turut hadir Perdana Menteri Datuk Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Katanya, beliau selalu ditanya di mana akan dicari pengganti Datuk Lee Chong Wei‎, penganti Datuk Nicol David, Azizul Hasni dan pengganti atlet yang ada hari ini sekiranya rakyat tidak bersukan.

"‎Maka pada hari ini, hari yang simbolik kita cuba ramaikan lagi rakyat Malaysia yang cergas dan bersukan

"Hari ini rakyat Malaysia hanya 40 peratus terlibat dalam aktiviti kecergasan dan bersukan berbanding negara maju lebih daripada 70 peratus," katanya.

[Berita lanjut di kolum Sukan]

Lihat Komen
ADS